Thursday, January 24, 2019

Al-Imran Ayat 93

4.3.93
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 93:



.
Ringkasan tafsir;
Alkisah diturunkan ayat ini adalah kerana kaum Yahudi mempersoalkan Nabi Muhammad, mengapa makan daging unta sedangkan Nabi Ibrahim telah mengharamkan.

Disini amatlah jelas bahawa Yahudi telah mempermainkan dan memperbodohkan Nabi Muhammad, sedangkan Allah tidak mengharamkan sesuatu itu sebelum Taurat diturunkan dan didalam Taurat itu sendiri pun tidak disebut tentang Nabi Ibrahim mengharamkan daging unta.
Adalah tersebut alkisah haramnya makan daging unta ialah mereka kaum bani Israel telah mengikut syariat Nabi Yaakub yang pada ketika itu Nabi Yaakub telah bernazar bahawa sekiranya beliau sembuh dari penyakit maka beliau mengharamkan dan tidak akan memakan daging unta.  Syariat inilah yang dijadikan sandaran kepada kaum bani Israel  yang sentiasa engkar dan bantah suruhan nabi-nabi dizaman mereka (bani Israel).

Disini menunjukan bahawa dalil benarnya kenabian Nabi Muhammad kerana baginda telah dapat mengetahui sesuatu terkandung dalam Taurat dan membongkarkan tipu daya kedustaan kaum Yahudi, sedangkan nabi Muhammad tidak pandai membaca menulis dan tidak pernah membaca Taurat, ini menunjukan pengetahuan itu diperolehi dari wahyu Allah melalui perantaraan malaikat Jibril.

.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan, 91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     



Monday, November 5, 2018

Al-Baqarah Ayat 256

3.2.256
Juz:3,Surah:2.
Surah 2, Ayat 256:

.
Ringkasan tafsir;
Setelah penjelasan yang diberi kepada manusia seperti dalam ayat diatas (255) tentang perbezaan kufur dan iman, maka tiada  paksaan dalam beragama, dan barang siapa yang berpegang teguh tali Allah mereka itu akan kekal kukuh beriman kepada Allah. Dan barang siapa percaya kepada taghut (syaitan dan berhala) maka akan kekal mereka dalam keadaan sesat selamanya dan menganiaya diri mereka sendiri

[previous] [next] [home]



RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  


Al-Baqarah Ayat 255

3.2.255
Juz:3,Surah:2. 
Surah 2, Ayat 255:

.
Ringkasan tafsir;

Ayat kursi ini adalah kemuncak ayat yang paling utama dan penghulu kepada sekelian ayat, yang terkumpul didalamnya hukum ketuhanan dan sifat Allah. Ilmu Allah meliputi seluruh langit dan bumi, kerana Allah Maha Tinggi dan Maha Besar yang lebih agung dari segalanya. Tiada siapa yang mengetahui ilmu Allah melainkan dengan kehendak Nya. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat pertolongan melainkan dengan izin Allah. Para Rasul dan Nabi sahaja yang mengetahui Ilmu Allah kerana yang demikian itu sebagai bukti kerasulan setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada umat manusia. 


[previous] [Next] [home] 


.
RUJUKAN SUMBER;

Juzuk
3, Surah2
Terjemahan,
251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr