Thursday, January 24, 2019

Al-Imran Ayat 93

4.3.93
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 93:



.
Ringkasan tafsir;
Alkisah diturunkan ayat ini adalah kerana kaum Yahudi mempersoalkan Nabi Muhammad, mengapa makan daging unta sedangkan Nabi Ibrahim telah mengharamkan.

Disini amatlah jelas bahawa Yahudi telah mempermainkan dan memperbodohkan Nabi Muhammad, sedangkan Allah tidak mengharamkan sesuatu itu sebelum Taurat diturunkan dan didalam Taurat itu sendiri pun tidak disebut tentang Nabi Ibrahim mengharamkan daging unta.
Adalah tersebut alkisah haramnya makan daging unta ialah mereka kaum bani Israel telah mengikut syariat Nabi Yaakub yang pada ketika itu Nabi Yaakub telah bernazar bahawa sekiranya beliau sembuh dari penyakit maka beliau mengharamkan dan tidak akan memakan daging unta.  Syariat inilah yang dijadikan sandaran kepada kaum bani Israel  yang sentiasa engkar dan bantah suruhan nabi-nabi dizaman mereka (bani Israel).

Disini menunjukan bahawa dalil benarnya kenabian Nabi Muhammad kerana baginda telah dapat mengetahui sesuatu terkandung dalam Taurat dan membongkarkan tipu daya kedustaan kaum Yahudi, sedangkan nabi Muhammad tidak pandai membaca menulis dan tidak pernah membaca Taurat, ini menunjukan pengetahuan itu diperolehi dari wahyu Allah melalui perantaraan malaikat Jibril.

.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan, 91~100,
[GS]   https://sites.google.com/site/normanajidsite/5/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8